Friday, 7 December 2012

Mari Berwuduk

Video P&P

Ini adalah rakaman video pengajaran & pembelajaran bagi mata pelajaran Jawi Tahun 2 yang bertajuk Perkataan Serapan Bahasa Inggeris.

  

Tuesday, 6 November 2012

PENGERTIAN WUDUK

Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum.
Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Dalil Al-Quran tentang Wuduk

Firman Allah S.W.T:
“ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali ... “ - (Surah Al-Maa’idah: 6)

Hukum berwuduk

Hukum berwuduk adalah:
  1. Wajib
  • Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
  1. Sunat


Fardhu Wuduk :

Fardhu Wuduk ada 6 perkara.

BIL
PERKARA
PENERANGAN

1
Niat
Lafaz niat wuduk :

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْأَصْغَرِ لِلهِ تَعَالَى         

 “ Sengaja aku mengangkat hadas kecil semata-mata kerana Allah taala”

2
Membasuh muka
Sempadan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di atas kepalasehingga penghujung tempat tumbuh janggut.
Melintang pula di antara dua anak telingan, dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempt dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata, misai, janggut dan sebagainya.

3
Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku.
Membasuh hendaklah dilebihkan had basuhan sedikit ke atas siku dengan meratakan air ke seluruh tangan dan termasuklah ke celah-celah kuku.

4
Menyapu sedikit air di bahagian kepala.
Memadailah dengan menyapu sedikit sahaja air ke atas mana-mana bahagian kepala.

5
Membasuh kaki hingga dua buku lali.
Disunatkan membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas buku lali.

6
Tertib
Wajib didahulukan mengikut giliran atau urutan yang telah ditentukan.






Doa Selepas Berwuduk 


Sebaik sahaja selesai mengambil wuduk, disunatkan mengangkat tangan dan mengadap kiblat lalu membaca doa seperti berikut :

أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إلّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ,  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُولَهُ.  اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى مِنَ التَّـوَّابِينَ
وَاجْعَلْنِى مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ  وَاجْعَلْنِى  مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

“ Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagiNya, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruhNya. Ya Allah, jadikan daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, dan jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh.”






Perkara-perkara Sunat Wuduk


BIL
PERKARA
PENERANGAN

1
Membaca Basmalah
Lafaz Basmalah :

بِسْمِ اللهِ الرًّحْمَنِ الرَّحِيمِ                 

2
Membasuh tangan hingga pergelangan tangan
Hendaklah dibasuh tiga kali walaupun diyakini telah bersih.

3
Berkumur-kumur.
Melakukan sebanyak tiga kali.

4
Memasukkan air ke dalam hidung.
Lebih afdal jika menyedut air ke dalam hidung kemudian dihembuskan keluar.

5
Menyapu semua bahagian kepala.

Melakukan sebanyak tiga kali.
6
Membasuh kedua-dua telinga.
Memasukkan kedua-dua jari telunjuk ke dalam anak telinga dan ibu jari di bahagian luar telinga.

7

Menyelati jari tangan, jari kaki, misai, dan janggut.

Jari tangan, jari kaki, misai, dan janggut yang tebal sunat diselati ketika berwuduk.
8

Mendahulukan membasuh yang kanan daripada yang kiri.
Setiap kali membasuh hendaklah mendahulukan anggota kanan.
9

Membasuh / menyapu setiap anggota tiga kali.
Disunatkan membasuh setiap anggota sebanyak tiga kali.

10

Muwalat
Melakukan perbuatan secara berturut-turut.




Perkara-perkara Yang Membatalkan Wuduk.


1.         Keluar sesuatu benda daripada salah satu daripada dua saluran kemaluan (qubul dan dubur) sama ada perkara biasa keluar seperti tahi, kencing, ataupun yang tidak biasa seperti darah, batu atau sebagainya. Air mani ntidak dikira membatalkan wuduk dan sekadar diwajibkan mandi hadas.

2.         Tidur yang tidak tetap punggungnya. Tidur orang yang baring hukumnya batal sama ada tetap ataupun tidak, tetapi tidur orang yang duduk yang tetap punggungnya tidak batal wuduknya.

3.         Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.

4.         Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan bukan mahram tanpa berlapik. Tidak kira sentuhan itu menimbulkan syahwat atau tidak.

5.         Menyentuh kemaluan hadapan manusia baik lelaki atau perempuan atau dirinya sendiri dengan perut tapak tangan termasuk perut anak jari maka batal wuduknya. Tetapi, sekiranya bersentuh pada bahagian belakang tapak tangan hukumnya tidak batal.

6.         Menyentuh halkah dubur manusia dengan tidak berlapik  juga boleh membatalkan wuduk.




Tujuan Berwuduk


1.         Menunaikan Solat.
            Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Rasulallah SAW :

                لَا يَقْبَلُ اللهُ صَلَاةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ  
           
            Maksudnya : “Allah tidak menerima solat seseorang kamu apabila berhadas sehingga ia mengambil wuduk.”

2.         Tawaf di Kaabah
            Sabda Rasulallah SAW  :
      
       الطَّوَافُ حَوْلَ الْبَيْتِ مِثْلُ الصًّلَاةِ , إِلَّا أَنَّكُمْ تَتَكَلَّمُونَ فِيهِ, فَمَن تَكَلَّمَ فِيهِ فَلَا يَتَكَلمَنَّ إِلَّا بِخَيْرٍ  

            Maksudnya : “Tawaf mengelilingi Baitullah itu sama seperti sembahyang melainkan kamu boleh bercakap-cakap ketika melakukannya. Oleh itu, sesiapa yang bercakap-cakap ketika itu, maka janganlah dia bercakap-cakap kecuali yang baik-baik.”

3.         Menyentuh dan membawa al-Quran.
            Kanak-kanak yang belum baligh boleh menyentuh al-Quran tanpa berwuduk.
            Sekiranya terpaksa memegang al-Quran seperti menyelamatkannya atau memelihara kehormatannya walaupun tidak berwuduk adalah diharuskan.